Tentang Diri

ZOEHAIMY HAMZAH (265328)

Dilahirkan pada 17 Februari 1982 di Alor Setar, Kedah. Dibesarkan di Pulau Pinang dengan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Pulau Pinang. Seterusnya menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga tingkatan 3, kemudiannya meyambung pelajaran di Technical Institue Penang dan tamat pelajaran pada tahun 1999 dengan lulus peperiksaan SPM.

Mula berkhidmat dalam PDRM pada tahun 2002 dengan mendapat latihan di Pusat Latihan Polis, Kuching, Sarawak. Setelah tamat latihan dihantar bertugas di Balai Polis Pulau Pangkor, Perak sehingga tahun 2008. Selepas itu pada bulan Oktober 2008 telah dihantar bertugas ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Segamat, Johor sehingga sekarang dengan mejawat jawatan Detektif Koperal (Risikan/Operasi/Tahanan). Dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005.

Berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang siswazah Pengurusan Awam (PJJ) di Universiti Utara Malaysia cawangan Melaka.

Comments

Popular Posts